BAB 5: EKOSISTEM PAYA BAKAU
Hutan Paya Bakau di kawasan Sedili Kechil terletak dikawasan sepanjang kawasan pasang surut Sungai Sedili Kechil hingga ke Teluk Mahkota. Paya Bakau terbentuk apabila sedimen halus dengan kandungan organik yang tinggi, mengumpul di tempat terlindung daripada gelombang, ombak dan arus. Ia biasanya berada di sekitar muara sungai dan kawasan pantai yang terlindung.
Hutan Paya Bakau menyediakan
habitat yang baik untuk kehidupan laut
seperti ikan, udang, ketam dan kerang.
Mikro-organisma yang terperangkap pada akar pokok bakau menjadi makanan bagi ikan dan udang. Ini seterusnya akan menarik haiwan lain untuk hidup dalam ekosistem paya bakau sehingga membentuk rantaian makanan. Contoh
haiwan lain termasuklah seperti burung, biawak, kura-kura, dan ketam.
Bakau juga menjadi sumber yang bernilai kepada masyarakat
setempat. Haiwan seperti udang, ketam, kerang dan ikan mampu menjadi sumber pendapatan kepada
masyarakat setempat yang kebanyakkannya nelayan. Manakala
kayu-kayu dari hutan
bakau bole digunakan untuk membina
jeti, jambatan kecil, rumah-rumah kampung dan
kayu api. Selain itu, kayu bakau boleh dijadikan
cerucuk.
JENIS TUMBUHAN DI HUTAN PAYA BAKAU
1. Rhizophora Apiculata (Bakau Minyak)
- Lebih dikenali sebagai Bakau Minyak
- Saiznya sederhana besar dan mencapai ketinggian 20 meter
- Daunnya tajam & elliptic serta mempunya bintik-bintik hitam di bawahnya
- Tangkai & putik daun berwarna merah
- Mempunyai batang berkulit warna kelabu gelap dan hampir licin.
- Keadaan kulitnya juga sedikit meretak-retak
- Buahnya bercambah memanjang, licin serta bulat
- Spesies ini tumbuh di atas tanah berlumpur yang lembut serta sering dibanjiri air pasang.
- Merupakan spesies yang kebiasaannya mendominasi hingga 90% kawasan tersebut.
- Pertumbuhan agak perlahan, tetapi mengeluarkan bunga sepanjang tahun
- Boleh digunakan untuk dijadikan kayu api, arang kayu, bahan binaan & balak
- Kulitnya bole menghasilkan tannin
2. Rhizophora Mucronata (Bakau Kurap)
- Lebih dikenali sebagai Bakau Kurap
- Namanya diperoleh kerana ciri fizikal buahnya yang berbiji-biji seperti ketuat
- Mampu hidup dikawasan berpasir atau lumpur
- Mampu hidup walaupun tenggelam semasa paras air pasang yang tinggi
- Saiznya juga sederhana besar dan tingginya pula boleh mencapai 15 meter
- Pokoknya berwarna kehitaman dan kulitnya merekah (beretak-retak)
- Kayunya berat tetapi tidak tahan lama
- Boleh digunakan untuk dijadikan kayu api dan arang kayu
- Kulitnya juga menghasilkan tannin
- Daunya boleh direbus dan diminum oleh wanita yang baru bersalin (merawa)
- Akarnya pula boleh mengubati penyakit cirit-birit.
- Spesies ini tumbuh secara berkumpulan di tebing & muara sungai.
- Spesies ini juga mendominasi kawasan bakau dan mudah di dapati di Sedili Kechil.
3. Xylocarpus Granatum (Nyireh Bunga)
- Nyireh Bunga juga antara jenis bakau yang boleh didapati di Sedili Kechil
- Pokoknya sederhana besar & kebiasaanya setinggi 15 meter
- Kulitnya berwarna kelabu cerah, kekuningan atau kehijauan, licin & sedikit mengupas.
- Boleh dijadikan kayu api. Kayunya juga boleh dijadikan perabot & digunakan untuk membuat bot.
4. Sonneratia Alba (Perepat)
- Dikenali sebagai Perepat
- Kulitnya berwarna kelabu dan hitam manis serta beretak-retak
- Hidup di tanah berlumpur atau berpasir terutama di kawasan terlindung dan sering dilanda air pasang.
- Semasa muda, kulit Perepat akan diselaputi lapisan minyak bagi melindungi dirinya daripada kehilangan air.
- Ia juga dapat melindungi tumbuhan ini daripada di makan oleh binatang
- Berbunga pada waktu malam
- Antara agen pendebungaannya adalah kelawar yang menghisap madu
- Ia menjadi habitat Kunang-Kunang (Kelip-Kelip)
- Pokok ini kebiasaannya digunakan sebagai bahan binaan, kayu api dan terompah.
5. Bruguiera Gymnorrhiza (Tumu Merah)
- Dikenali sebagai Tumu Merah
- Saiz pokoknya sederhana besar dan mampu mencapai ketinggian 15 meter
- Akar pernafasannya berbentuk lutut
- Warna kulit pokoknya kelabu, hampir licin dan sedikit merekah
- Tumbuh di kawasan yang agak kering, bersaliran baik dan boleh dikawsan panas & teduh
- Mudah didapati di kawasan pedalaman hutau bakau yang lebih tinggi kedudukannya daripada paras air pasang.
- Boleh dijadikan kayu api, arang kayu dan cerucuk bangunan.
- Kulitnya menghasilkan tannin untuk mencelup kain atau jaring.
- Buahnya boleh dimakan.
6. Lumnitzera Littorea (Teruntum Merah)
- Dikenali sebagai Teruntum Merah
- Mempunyai bunga yang kecil, berwarna merah & menarik
- Pokoknya boleh mencapai ketinggi sehingga 8 meter
- Mempunyai akar serabut (seperti akar pokok daratan)
- Daunya hijau gelap & mempunyai batang yang tidak jelas
- Kegunaannya pula adalah dijadikan sebagai tiang dan lantai untuk jambatan serta cerucuk bangunan.
- Boleh juga dijadikan kayu api dan kayu arang
- Daunnya boleh dijadikan bahan mencuci luka (ubat tradisional)
(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)
No comments:
Post a Comment