Monday 12 January 2015

#09 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 5: Ekosistem Paya Bakau)

BAB 5: EKOSISTEM PAYA BAKAU


               Hutan Paya Bakau di kawasan Sedili Kechil terletak dikawasan sepanjang kawasan pasang surut Sungai Sedili Kechil hingga ke Teluk Mahkota. Paya Bakau terbentuk apabila sedimen halus dengan kandungan organik yang tinggi, mengumpul di tempat terlindung daripada gelombang, ombak dan arus. Ia biasanya berada di sekitar muara sungai dan kawasan pantai yang terlindung.

              Hutan Paya Bakau menyediakan habitat yang baik untuk kehidupan laut seperti ikan, udang, ketam dan kerang. Mikro-organisma yang terperangkap pada akar pokok bakau menjadi makanan bagi ikan dan udang. Ini seterusnya akan menarik haiwan lain untuk hidup dalam ekosistem paya bakau sehingga membentuk rantaian makanan. Contoh haiwan lain termasuklah seperti burung, biawak, kura-kura, dan ketam.

             Bakau juga menjadi sumber yang bernilai kepada masyarakat setempat. Haiwan seperti udang, ketam, kerang dan ikan  mampu menjadi sumber pendapatan kepada masyarakat setempat yang kebanyakkannya nelayan. Manakala kayu-kayu dari hutan bakau bole digunakan untuk membina jeti, jambatan kecil, rumah-rumah kampung dan kayu api. Selain itu, kayu bakau boleh dijadikan cerucuk.


JENIS TUMBUHAN DI HUTAN PAYA BAKAU

1. Rhizophora Apiculata (Bakau Minyak)

- Lebih dikenali sebagai Bakau Minyak
- Saiznya sederhana besar dan mencapai ketinggian 20 meter
- Daunnya tajam & elliptic serta mempunya bintik-bintik hitam di bawahnya
- Tangkai & putik daun berwarna merah
- Mempunyai batang berkulit warna kelabu gelap dan hampir licin.
- Keadaan kulitnya juga sedikit meretak-retak
- Buahnya bercambah memanjang, licin serta bulat
- Spesies ini tumbuh di atas tanah berlumpur yang lembut serta sering dibanjiri air pasang.
- Merupakan spesies yang kebiasaannya mendominasi hingga 90% kawasan tersebut.
- Pertumbuhan agak perlahan, tetapi mengeluarkan bunga sepanjang tahun
- Boleh digunakan untuk dijadikan kayu api, arang kayu, bahan binaan & balak
- Kulitnya bole menghasilkan tannin


2. Rhizophora Mucronata (Bakau Kurap)


- Lebih dikenali sebagai Bakau Kurap
- Namanya diperoleh kerana ciri fizikal buahnya yang berbiji-biji seperti ketuat
- Mampu hidup dikawasan berpasir atau lumpur
- Mampu hidup walaupun tenggelam semasa paras air pasang yang tinggi
- Saiznya juga sederhana besar dan tingginya pula boleh mencapai 15 meter
- Pokoknya berwarna kehitaman dan kulitnya merekah (beretak-retak)
- Kayunya berat tetapi tidak tahan lama
- Boleh digunakan untuk dijadikan kayu api dan arang kayu
- Kulitnya juga menghasilkan tannin
- Daunya boleh direbus dan  diminum oleh wanita yang baru bersalin (merawa)
- Akarnya pula boleh mengubati penyakit cirit-birit.
- Spesies ini tumbuh secara berkumpulan di tebing & muara sungai.
- Spesies ini juga mendominasi kawasan bakau dan mudah di dapati di Sedili Kechil.


3. Xylocarpus Granatum (Nyireh Bunga)


- Nyireh Bunga juga antara jenis bakau yang boleh didapati di Sedili Kechil
- Pokoknya sederhana besar & kebiasaanya setinggi 15 meter
- Kulitnya berwarna kelabu cerah, kekuningan atau kehijauan, licin  & sedikit mengupas.
- Boleh dijadikan kayu api. Kayunya juga boleh dijadikan perabot & digunakan untuk membuat bot.


4. Sonneratia Alba (Perepat)


- Dikenali sebagai Perepat
- Kulitnya berwarna kelabu dan hitam manis serta beretak-retak
- Hidup di tanah berlumpur atau berpasir terutama di kawasan terlindung dan sering dilanda air pasang.
- Semasa muda, kulit Perepat akan diselaputi lapisan minyak bagi melindungi dirinya daripada kehilangan air.
- Ia juga dapat melindungi tumbuhan ini daripada di makan oleh binatang
- Berbunga pada waktu malam
- Antara agen pendebungaannya adalah kelawar yang menghisap madu
- Ia menjadi habitat Kunang-Kunang (Kelip-Kelip)
- Pokok ini kebiasaannya digunakan sebagai bahan binaan, kayu api dan terompah.


5. Bruguiera Gymnorrhiza (Tumu Merah)


- Dikenali sebagai Tumu Merah
- Saiz pokoknya sederhana besar dan mampu mencapai ketinggian 15 meter
- Akar pernafasannya berbentuk lutut
- Warna kulit pokoknya kelabu, hampir licin dan sedikit merekah
- Tumbuh di kawasan yang agak kering, bersaliran baik dan boleh dikawsan panas & teduh
- Mudah didapati di kawasan pedalaman hutau bakau yang lebih tinggi kedudukannya daripada paras air pasang.
- Boleh dijadikan kayu api, arang kayu dan cerucuk bangunan.
- Kulitnya menghasilkan tannin untuk mencelup kain atau jaring.
- Buahnya boleh dimakan.


6. Lumnitzera Littorea (Teruntum Merah)


- Dikenali sebagai Teruntum Merah
- Mempunyai bunga yang kecil, berwarna merah & menarik
- Pokoknya boleh mencapai ketinggi sehingga 8 meter
- Mempunyai akar serabut (seperti akar pokok daratan)
- Daunya hijau gelap & mempunyai batang yang tidak jelas
- Kegunaannya pula adalah dijadikan sebagai tiang dan lantai untuk jambatan serta cerucuk bangunan.
- Boleh juga dijadikan kayu api dan kayu arang
- Daunnya boleh dijadikan bahan mencuci luka (ubat tradisional)


(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)

Sunday 4 January 2015

#08 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 4: Ekosistem Pantai)

BAB 4: EKOSISTEM PANTAI


Sedili Kechil terletak di pantai antara Teluk Mahkota (juga dikenali sebagai Jason Bay) dan Tanjung Sedili Kecil. Pantai tersebut terdiri daripada jenis pantai berlumpur, pantai berpasir dan pantai berbatu. Di sepanjang pantai tersebut terdapat beberapa jenis tumbuhan yang tumbuh secara semula jadi. Antara tumbuhan utama yang tumbuh dan dapat dilihat adalah seperti Ipomeao Pes-Caprea, Vitex Oxata, Nypa, Carbera Odollam, Hibiscus Tiliaceus dan Terminalia Cattapa.


Daripada penelitian di lapangan, telah ditemui beberapa jenis tumbuhan yang menghiasi permukaan daratan si sepanjang pantai Sedili Kechil. Tumbuhan-tumbuhan tersebut terdiri daripada:


1. Pandanus Odoratissimus (Common Seashore Screw Pine)

- Mempunyai bunga yang sangat wangi.
- Sering ditemui tumbuh di pantai, tebing sungai, kolam & terusan.
- Dikenali sebagai Mengkuang dalam kalangan masyarakat tempatan.
- Boleh digunakan untuk membuat tikar, bakul, topi dan bumbung.
- Serat pada daunya boleh digunakan untuk membuat tali dan jaring.
 

2. Casuarina Equisetifolia (Ru Laut)

- Banyak terdapat di sepanjang pantai tropika.
- Ditanam & digunakan sebagai penahan angin.
- Kayu pokok ini boleh digunakan sebagai kayu bumbung, pagar dan juga kayu api.
- Akarnya pula boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti cirit birit & sakit perut.
- Rantingnya pula digunakan untuk merawat bengkak-bengkak
- Kulit pokoknya pula boleh digunakan untuk merawat jerawat.



3. Ipomoea Pes-Caprea (Sea Morning Glory)

- Dikenali sebagai Seri Pagi oleh penduduk tempatan.
- Kebiasaannya ditemui menjalar di kawasan pantai.
- Berfungsi untuk menstabilkan struktur pasir di pantai.


4. Barringtonia Asiatica (Fish Poison Tree)

- Dikenali sebagai Putat Laut oleh masyarakat tempatan.
- Lazimnya ditemui di hutan paya bakau dan kawasan pantai di Sedli Kechil.
- Daun mudanya berwarna gangsa dan urat daunya berwarna merah jambu.
- Apabila daunnya matang, ia bertukar kepada warna kuning.
- Mempunyai bunga yang mampu menarik perhatian rama-rama.
- Buahnya mempunyai daya apung yang tinggi dan digunakan sebagai pelampung oleh pemancing.
- Pokok ini mengandungi bahan kimia yang boleh digunakan sebagai racun menangkap ikan.


5. Tacca Ieontopetaloides (Tahiti Arrowroot)

- Berasal dari barat Africa.
- Banyak juga terdapat di Asia Tenggara.
- Boleh dimakan. Ia mengandungi sumber kanji & rasanya agak pahit.
- Merupakan makanan yang penting di kebanyakkan kawasa di Kepulauan Pasific.


6. Glochidion Littorale (Jambu Kera)

- Lebih dikenali sebagai Jambu Kera dalam kalangan penduduk tempatan.
- Merupakan tumbuhan renek yang boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi,
- Daunya agak pendek dan keras serta bertukar menjadi warna keperangan setelah matang.
- Buahnya berwarna merah dan sebahagiannya dilitupi bulu halus.
- Didalam buah tersebut mempunyai biji berwarna jingga.
- Daun muda boleh dimakan dan juga boleh merawat sengatan ikan keli dan sebagainya.


7. Ardisia Elliptica (Sea-Shore Ardisia)

- Lebih dikenali sebagai Mata Pelanduk dalam kalangan penduduk tempatan.
- Merupakan dari jenis pokok renek yang boleh membesar sehingga 5 meter tinggi.
- Mempunya bunga yang kecil, Bulat dan berisi.
- Buahnya akan bertukar warna daripada warna merah ke warna ungu setelah matang.


(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)