Tuesday 30 December 2014

#07 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 3: Pengenalan 'The Wetlands'

BAB 3: PENGENALAN 'THE WETLANDS'


Tanah lembap Sedili yang terletak di tenggara negeri Johor adalah merupakan tanah lembab yang jarang ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan pelbagai jenis tanah lembap di kawasan tersebut telah membentuk lembangan saliran di mana kawasan tersebut masih tidak terjejas dan yang memerlukan pemeliharaan pemuliharaan. Dengan menyusuri Sungai Sedili Kecil, pengunjung dapat melihat dan menikmati panorama serta suasana ekosistem daripada pantai berpasir dan berbatu serta berair masin hinggalah ke kawasan air payau dan air tawar. Landskap yang berubah yang menarik tersebut akan menyajikan pemandangan yang mempersonakan. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tersebut, terdapat pelbagai tumbuhan yang saling dipengaruhi oleh keadaan air tersebut.

  
Kawasan tanah lembab di Sedili Kechil tersebut mempunyai fungsi penting yang sering diambil mudah oleh kebanyakan pihak. Antara kepentingannya termasuklah mencegah banjir besar dan kemarau. Ekosistem yang terbina di kawasan tersebut berperanan untuk menyimpan air semasa musim hujan dan melepaskannya pada musim kemarau. Pantai hutan paya bakau di tebing sungai dan pantai mampu melindungi kawasan berdekatan daripada dibadai keganasan ribut dan banjir. Hutan bakau yang mempunyai sistem akar serabut juga mampu membantu mencegah daripada berlakunya hakisan di tebing sungai dan pantai. Ia sekaligus dapat membantu mengekalkan kualiti air sungai tersebut yang juga dapat memelihara ekosistem sungai. Oleh kerana itu jugalah, kawasan ini sinonim bagi pemancing udang galah.


Keadaan pasang surut harian sungai dan taburan hujan di kawasan tersebut adalah penting untuk kestabilan ekosistem hutan paya bakau di kawasan tersebut. Terdapat 4 jenis ekosistem hutan di sepanjang sungai tersebut. 4 jenis ekosistem hutan yang ditemui di kawasan tersebut adalah hutan pantai, hutan bakau, hutan payau air sungai dan hutan paya air tawar.




(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)


#06 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 2: Latar Belakang Sedili Kechil)

BAB 2 : LATAR BELAKANG SEDILI KECHIL


Sedili Kecil adalah sebuah kampung kecil yang tenang terletak di pantai timur Johor. Kampung tersebut terletak di muara Sungai Sedili Kechil kira-kira 50 km jarak perjalanan dari adalah bandar Kota Tinggi.


Sedili Kecil merupakan sebuah perkampungan nelayan melayu tradisional. Ekonomi utama penduduk tempatan adalah pelbagai. Sumber pendapatan utamanya adalah datang daripada hasil memancing, perniagaan kedai runcit kecil dan bekerja di ladang kelapa sawit yang berdekatan. Terdapat beberapa syarikat yang telah membuka industri berhampiran kawasan tersebut. Industri yang dimaksudkan adalah ternakan udang, perlombongan pasir dan sayur-sayuran. Ia telah berjaya mewujudkan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuklah penduduk Kampung Sedili Kecil dan Kampung Belukar Durian. Selain daripada berkerja, penduduk tempatan juga memperoleh pendapatan sampingan melalui penghasilan kraf tangan, pengeluaran ikan masin, dan penuaian belangkas serta lokan.

Memasuki kawasan tersebut diibaratkan memasuki dunia lain yag penuh kedamaian dan ketenangan. Suasana yang membawa pengunjung untuk merasai bagaimana kenikmatan meninggalkan hiruk-pikuk kehidupan bandar, serta menyajikan pesona kampung tradisional, rumah-rumah kayu serta udara yang segar akan berjaya mewujudkan persekitaran yang damai dan santai.





(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)

#05 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 1: Usaha Pemuliharaan Di Sedili Kecil)

BAB 1: USAHA PEMULIHARAAN DI SEDILI KECHIL.

          Dengan penggredan yang berbeza daripada tumbuh-tumbuhan sungai dan hutan paya air tawar, tanah lembap Sedili Kechil adalah salah satu yang contoh tanah lembap terbaik di Malaysia.


          Pada tahun 2005, Wetlands International Malaysia menjalankan penilaian ekologi dan sosio-ekonomi yang pesat daripada tanah lembap di Sedili Kechil dan Sedili Besar. Wetlands International mencadangkan agar kawasan tersebut dipertimbangkan untuk diwartakan sebagai Tapak Ramsar. Sejak itu, Wetlands International Malaysia telah bekerjasama dengan masyarakat tempatan mengenal pasti produk bioderversiti untuk dieksplotasi menjadi produk ekopelancongan yang dibangunkan berasaskan komuniti. Antara program yang dijalankan termasuklah pemeliharaan dan pemuliharaan bakau dengan menanam semula pokok bakau.


          Seperti sedia maklum, tanah lembap di Malaysia mengalami ancaman besar. Kawasan paya bakau diancam kemusnahan. Kadar ancaman bakau lebih hebat daripada mana-mana jenis hutan lain. Kebanyakan hutan paya bakau ditebang untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan mahupun penempatan manusia.

         Buku yang telah dihasilkan oleh pihak Wetlands International tersebut adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pembaca melihat kekayaan biodiversiti dan pelbagai lagi flora dan fauna yang ditemui di Sedili Kechil. Adalah diharapkan bahawa pemahaman yang lebih baik dan pengetahuan tanah lembap di kawasan ini akan meningkatkan penghargaan dan perlindungan ekosistem tanah lembap.


(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)