Tuesday 30 December 2014

#07 Biodiversity Of The Sedili Kechil Wetlands (Bab 3: Pengenalan 'The Wetlands'

BAB 3: PENGENALAN 'THE WETLANDS'


Tanah lembap Sedili yang terletak di tenggara negeri Johor adalah merupakan tanah lembab yang jarang ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan pelbagai jenis tanah lembap di kawasan tersebut telah membentuk lembangan saliran di mana kawasan tersebut masih tidak terjejas dan yang memerlukan pemeliharaan pemuliharaan. Dengan menyusuri Sungai Sedili Kecil, pengunjung dapat melihat dan menikmati panorama serta suasana ekosistem daripada pantai berpasir dan berbatu serta berair masin hinggalah ke kawasan air payau dan air tawar. Landskap yang berubah yang menarik tersebut akan menyajikan pemandangan yang mempersonakan. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai tersebut, terdapat pelbagai tumbuhan yang saling dipengaruhi oleh keadaan air tersebut.

  
Kawasan tanah lembab di Sedili Kechil tersebut mempunyai fungsi penting yang sering diambil mudah oleh kebanyakan pihak. Antara kepentingannya termasuklah mencegah banjir besar dan kemarau. Ekosistem yang terbina di kawasan tersebut berperanan untuk menyimpan air semasa musim hujan dan melepaskannya pada musim kemarau. Pantai hutan paya bakau di tebing sungai dan pantai mampu melindungi kawasan berdekatan daripada dibadai keganasan ribut dan banjir. Hutan bakau yang mempunyai sistem akar serabut juga mampu membantu mencegah daripada berlakunya hakisan di tebing sungai dan pantai. Ia sekaligus dapat membantu mengekalkan kualiti air sungai tersebut yang juga dapat memelihara ekosistem sungai. Oleh kerana itu jugalah, kawasan ini sinonim bagi pemancing udang galah.


Keadaan pasang surut harian sungai dan taburan hujan di kawasan tersebut adalah penting untuk kestabilan ekosistem hutan paya bakau di kawasan tersebut. Terdapat 4 jenis ekosistem hutan di sepanjang sungai tersebut. 4 jenis ekosistem hutan yang ditemui di kawasan tersebut adalah hutan pantai, hutan bakau, hutan payau air sungai dan hutan paya air tawar.




(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)


No comments:

Post a Comment