Monday 22 December 2014

#01 Kampung Belukar Durian Satu Cerita



      Sejarah penerokaan dan pembukaan Kampung Belukar Durian berkait rapat dengan pembukaan Kampung Sedili Kecil. Kampung Sedili Kecil dikatakan telah dibuka oleh seorang tauke berbangsa Cina yang bernama Jay Tee. Beliau dipercayai berniaga di perairan Sedili Besar yang pada ketika itu telah tercatat didalam peta. Oleh kerana penduduknya yang sedikit, maka kampung itu telah diberi nama Kampung Sedili Kecil.

         Pertambahan penduduk di Kampung Sedili Kecil telah menyebabkan timbulnya idea baru dalam kalangan penduduk untuk meneroka dan membuka petempatan baru. Diceritakan oleh penduduk tempatan, pada ketika penerokaan kawasan tersebut sedang dilaksanakan, terjumpa sebatang pokok durian yang besar di tengah-tengah hutan belukar. Pokok durian itu turut dikatakan yang tumbuh sebatang sahaja di kawasan itu. Penemuan yang dianggap aneh ini telah menjadi asas kepada penamaan kawasan baru tersebut sebagai Kampung Belukar Durian.

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah! Teruskan usaha anda memajukan Pelancongan Desa Kejora. Mohon update no phone utk dihubungi dan sentiasa update dgn entry2 terkini.. Sertakan juga harga2 pakej. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Terima kasih. Teruskan sokongan. InsyaAllah akan ada entry berkenaan pakej dan individu yang perlu dihubungi.

    ReplyDelete
  3. Huhu..bangga sy menjadi anak & penduduk kg Belukar Durian..This is best bro..haha

    ReplyDelete
  4. Mendamaikan...syabas atas usaha anda...

    ReplyDelete