Monday 29 December 2014

#04 The Wetlands Kampung Belukar Durian




               Pada Tahun 2009, Pihak KEJORA sekali lagi telah melaksanakan satu Kajian Produk Biodiversiti Di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil. Kajian tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama oleh Wetlands International.


               Hasil kajian tersebut, maka terhasillah sebuah buku bertajuk Biodiversiti Of The Sedili Kechil Wetlands (seperti gambar di atas. Mungkin ada yang tertanya-tanya "Mengapa Sedili Kecil dan bukannya Kampung Belukar Durian?". Untuk pengetahuan pembaca, Kampung Belukar Durian ini terletak di dalam Mukim Sedili Kecil (rujuk entry lalu). Kampung Belukar Durian ini juga terletak di pinggir Sungai Sedili Kecil. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan hampir di sepanjang sungai tersebut. Oleh kerana itulah ia disebut sebagai Sedili Kecil Wetlands.

              Kajian tersebut telah menemui pelbagai produk biodiversity di sepanjang Sungai Sedili Kecil. Produk-Produk tersebut akan diceritakan pada entry akan datang. Kalau nak diceritakan pada entry kali ini dengan buku setebal 48 muka surat, mungkin entry akan jadi panjang berjela. Untuk pengetahuan pembaca budiman, buku tersebut telah di tulis oleh Lee Shin Shin, Erwin Luesink dan Flora George. Ia telah disunting oleh Gabriel Chong Ee King.

          Dengan kajian tersebut, Kampung Belukar Durian telah menjadikannya sebagai satu sumber inspirasi bagi menjayakan penjenamaan Kampung Belukar Durian sebagai Kampung Pelancongan Desa. Daripada kajian itu juga, Kampung Belukar Durian telah menjadikan tema eco-tourism sebagai tema kepada sebarang pembangunan pelancongan. 

No comments:

Post a Comment