BAB 3: PENGENALAN 'THE WETLANDS'
Tanah lembap Sedili yang terletak di tenggara negeri Johor adalah merupakan tanah
lembab yang jarang ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan pelbagai jenis
tanah lembap di kawasan tersebut telah membentuk
lembangan saliran di mana kawasan tersebut
masih tidak terjejas dan yang memerlukan pemeliharaan pemuliharaan. Dengan menyusuri
Sungai Sedili Kecil, pengunjung dapat melihat dan menikmati panorama serta
suasana ekosistem daripada pantai
berpasir dan berbatu
serta berair masin hinggalah ke kawasan air payau dan air tawar. Landskap yang berubah
yang menarik tersebut akan menyajikan pemandangan yang mempersonakan. Sepanjang
perjalanan menyusuri sungai tersebut, terdapat pelbagai tumbuhan yang saling
dipengaruhi oleh keadaan air tersebut.
Kawasan tanah lembab di Sedili Kechil tersebut mempunyai fungsi penting yang sering diambil
mudah oleh kebanyakan pihak. Antara kepentingannya
termasuklah mencegah banjir
besar dan kemarau.
Ekosistem yang terbina di kawasan tersebut berperanan untuk menyimpan air semasa musim hujan dan
melepaskannya pada musim kemarau.
Pantai hutan paya bakau di tebing sungai dan pantai mampu melindungi kawasan berdekatan
daripada dibadai keganasan ribut dan banjir. Hutan bakau yang mempunyai sistem
akar serabut juga mampu membantu mencegah daripada
berlakunya hakisan di tebing sungai dan pantai. Ia sekaligus dapat membantu mengekalkan
kualiti air sungai tersebut yang
juga dapat memelihara ekosistem sungai. Oleh kerana itu jugalah, kawasan
ini sinonim bagi pemancing udang galah.
Keadaan pasang surut harian
sungai dan taburan hujan di
kawasan tersebut adalah penting untuk
kestabilan ekosistem hutan paya bakau di kawasan tersebut. Terdapat 4 jenis
ekosistem hutan di sepanjang sungai tersebut. 4 jenis ekosistem hutan yang
ditemui di kawasan tersebut adalah hutan
pantai, hutan bakau,
hutan payau air
sungai dan hutan
paya air tawar.
(Diterjemah dan dipetik daripada buku bertajuk 'Biodiversity Of The Sedili Kecil Wetlands', 2009)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)
(Tulisan: Lee Shin Shin, Erwin Luesink, Flora George & Gabriel Chong Ee King)
No comments:
Post a Comment