Disember 2008, satu kajian yang bertajuk
Kajian Pembangunan Produk Pelancongan Desa Wilayah KEJORA telah dilaksanakan
oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Tourism Planning Research
Group, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian tersebut
telah menggariskan beberapa kampung yang mempunyai produk pelancongan dan
berpotensi dibangunkan sebagai sebuah kampung pelancongan desa. Antara kampung
yang terpilih untuk dijenamakan sebagai kampung pelancongan desa ialah Kampung
Belukar Durian.
Hasil kajian tersebut menjadikan Kampung
Belukar Durian mengorak selangkah lagi kehadapan dengan berpotensi untuk
menerima pelbagai pembangunan berkonsepkan pelancongan desa. Bermula tahun
tersebut juga, pihak KEJORA telah melaksanakan pelbagai pembangunan baik dalam
pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan desa, pembangunan projek
ekonomi pelancongan dan juga pembangunan modal insan kepada penduduk tempatan
yang berteraskan pelancongan.
Antara kemudahan infrastruktur pelancongan
desa yang telah dibangunkan sehingga 2014 adalah wakaf, tandas, boardwalk,
menara tinjau dan juga dewan terbuka. Manakala projek ekonomi yang telah
dibangunkan adalah 2 unit kiosk, 3 unit bot pelancongan serta 7 unit chalet. Bagi melengkapkan ilmu pengetahuan serta
memperlengkapkan modal insan kepada komuniti Kampung Belukar Durian, KEJORA
turut melaksanakan kursus, seminar, bengkel dan juga lawatan sambil belajar.
Antara program yang dilaksanakan termasuklah Lawatan Ilmiah ke Homestay Wiso
Malai Sabah, Homestay Kampung Sinisian Sabah, Kursus Asas Homestay, Seminar
Pembangunan Kraftangan, Kursus Anyaman Lekar serta beberapa program yang
berkonsepkan pelancongan.
No comments:
Post a Comment